CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

===========================================


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.



~ MelodiHatiSrikandi ~

===========================================


Friday, 18 April 2014

=> Pelengkap..


Kehidupan ni ibarat sebuah filem,
Kadang-kadang terasa diri kita bukan watak utama.
Sekadar watak sampingan.
Jika tiada, tak memberi kesan langsung,
boleh saja digantikan dengan orang lain.
Kita cuma pelengkap.
Kita biarkan cerita itu berjalan seiring waktu berlalu.
Kita hanya mengisi ruang kosong agar ceritanya lebih menarik 
tanpa merosakkan sedikit pun jalan ceritanya.
Dan kita tak perlu diingati.
apatah lagi berharap untuk disanjungi.

Cukup sekadar pelengkap ruang yang kosong.
Supaya ada kesinambungan..

Namun.......


Berlainan pula dengan kepingan puzzle.. 
cukup dengan kehilangan 'satu' daripada kepingannya,
maka terserlah kecacatan pada sesebuah gambar itu.
Kepingan yang 'satu' itu tidak boleh diganti dengan yang lain 
melainkan yang benar-benar serupa dari segi bentuk dan coraknya..

Jadi moral of story..
disebalik filem dan puzzle nih ialah..??

FIKIRLAH SENDIRI..huhu..


Sahabatku.. jangan sekadar menjadi pelengkap,
Tapi jadilah pelengkap yang benar-benar melengkapkan.. 
dengan itu kita akan lebih saling melengkapi..
kerana yang 'satu' itu kadang-kadang lebih memberi makna 
berbanding seribu yang lain.. 

Setuju?? huhu... (^^,)v



No comments:

Post a Comment