===========================
Ada pelbagai kisah terlakar,
di saat hati sepi tiada terisi.. (^^,)
------
Syukran bro & sis untuk pengalaman dan kenangan yang dicipta saat kita bersama.
===============
Sesekali kalam berbicara,
melakar apa jua perasaan terindah
demi entiti yang bernama jiwa..
sungguh pun mata pena itu
lebih tajam dan menusuk jiwa..
Jemari kemas menggengam pena,
Melakar karya cinta pada-Nya,
Fikiran lemas tipuan buana,
Inilah lakaran hatiku milik-Nya..
===============
Ingin sekali ku kutip serpihan peribadi 'Aisyah'.
Menjadi Inspirasi mengorak langkah,
Sebagai sayap kiri perjuangan Mujahid,
Pendorong tatkala ketenangan diragut penderitaan.
Tidak sukar untuk dilaksanakan,
Andainya keikhlasan sentiasa bersarang,
Demi menegakkan agama ALLAH..
===============
Kalau kita sudah mencipta banyak kenangan melalui jalan kepayahan.. Kenapa saat ini kita tidak memilih untuk menikmati kenangan melalui jalan yang menyenangkan...Terima kasih kepada yang berusaha untuk terus berkasih sayang..
===============
~ Lupakan siapa dan apa yang telah menyakiti hati kita di masa lalu, dan tapi jangan kamu lupa asbab siapa yang telah membuat kita sedar dan belajar apa darinya..~
Bila kamu membaca tulisanku dengan nada marah,
maka kamu akan merasa bahawa aku sedang marah.
Jika kamu membaca tulisanku dengan tenang dan bersahaja,
maka kamu akan merasakan bahawa aku seorang yang santai.
Jika tanpa petanda-petanda !,?, -.-" dan sebagainya,
ia hanyalah satu tulisan yang bebas daripada tekanan ekspressi,
dan pembacalah yang menilainya sendiri.
Bagaimanakah aku boleh dipertanggungjawabkan,
atas sangka-sangkaan manusia selain diri ini.
-------------------------
Aku hanya seorang penulis,
yang bermain dengan kata-kata,
dan manusia yang membaca,
adalah dalang dalam menginterprestasikannya.
====================
====================
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
- Ustaz Pahrol -
===========================================
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.
~ MelodiHatiSrikandi ~
===========================================
====================
=====================
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini..
====================
====================
Amanah itu jalannya seiring dengan
CINTA KEPADA ALLAH
=====================
No comments:
Post a Comment