Bismillahirrahmanirrahim..
Mengimbau kenangan indah yang pernah diukir, membuatkan diri tersenyum seketika. Apakah mungkin bisa diputarkan waktu? Menikmati pahit manis yang pernah dilalui, senyum tawa bersama sahabat-sahabat, suka duka dalam membina ukhuwwah fillah… kenangan hanya boleh dipotretkan, hanya perlu dilihat sekali-sekala sahaja. Namun ukhuwah, sifatnya berterusan. Apabila berdekatan qudwah hasanah diamalkan bersama, namun apabila berjauhan, doa sebagai penghubung yang mengikat hati. Perpisahan itu perit sekali, namun rahmatNya mengiringi andai diri redha dengan ketetapan Ilahi.
======================