CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

===========================================


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.



~ MelodiHatiSrikandi ~

===========================================


Wednesday, 27 March 2013

=> Warkah Berlembar Santapan Hati


Bismillahirrahmanirrahim... 


Sesungguhnya hati ini milik Allah dan ia sering berbolak balik. Adakalanya terasa terlalu tegar untuk melangkah namun tika diuji lemahnya hati hanya Dia yang mengerti. Dalam mengutip nilai pahala, cuba sedaya memadamkan dosa. Dalam bertambahnya usia, iman pula ada pasang surutnya. Tambahan pula kesibukan membuat persediaan menjelang final exam.  Kebergantungan kepada Allah adalah sebenar-benar sumber kekuatan. Hanya kepercayaan dan keyakinan yang mampu merealisasikan impian menjadi kenyataan.

Allhamdulillah.. kurnia Allah tidak pernah surut buat ku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham. Lantas menjadikan diri ini berani mencipta impian dan cita-cita. Tersentuh dengan takdirNya. Terharu rasanya.




Dua buah buku pemberian si 'dia' seakan bernyawa malah kelihatannya sangat memahami untuk menemani diri dalam menjalani plot kehidupan seharian yang tidak tentu suasananya ini. Mudah-mudahan dapat menjamah sesuatu yang terhidang dalam 'warkah' berlembar ini buat santapan hati, minda, akal dan akhirnya dapat dijadikan sebagai bekal untuk terus menghayun langkah. Moga-moga haluan ku terpandu dan layarku tidak bengkok dalam menelusuri pentas persinggahan fana yang sangat mencabar ini. 



'Buku tu sbg hadiah pengorbanan mjd ummi persiss. Moga bermanfaat.'

'Setitis pengorbanan disulami redha Ilahi menjanjikan seribu kemanisan kebahagiaan. Hati jangan hanyut dibuai keseronokan, tapi perlu dibajai dengan benih ketakwaan. (^^,)'



Subhanallah.. ALLAH ada saja cara nak menghiburkan hati ini. Dikirimkan insan-insan yang memahami sebagai wasilah. Terketuk hati. Fokus dicuri. Apalah sangat pengorbananku berbanding 'dia' (err..segan2..). Setiap katanya diracip satu-persatu. Butir-butirnya penuh hikmah, sentiasa membelai dan menyejukkan hati ini yang kadang-kadang gusar dan kebuntuan. Moga dihitung sebagai amal soleh sisi ALLAH.

 Terima kasih kepada si 'dia'. Sharing is caring. (^^,)v




===============================================

Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. 



-MelodiHatiSrikandi-
-----------------------
Momentum penulisan semakin berkurangan,
Err.. mungkin memerlukan 'smash' dari seorang pemangkin. 
Agar tak tersasar dari matlamat sebenar perjuangan.
Fighting!! >.<



No comments:

Post a Comment