CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

===========================================


بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.



~ MelodiHatiSrikandi ~

===========================================


Sunday, 31 March 2013

=> PERSISS Familia



Bismillahirrahmanirrahim..


*****

Saat kita bertemu
terbias sesuatu dihati
Lintasan hati berbicara
adakah ukhuwah antara kita tersemat di kalbu?

Jiwa berlagu rindu
Hati diam membisu
lidah ku kelu..

Tak terdaya melafaz kata
Hanya Tuhan yang tahu
Betapa ku rindu waktu itu..



*****

 ‘Memanfaatkan persamaan dan matang dalam menguruskan perbezaan.’
Biar kepala berbeza, asalkan hati sama. 

Itulah PERSISS!!

~ Butir-butir kenangan K.I.T.A ~

 
~ Pra AGM ~
 
 
~ AGM ~

~ Family Day PERSISS ~ 
 ~ Eh!! ade orang amik gamba lar.. Posing-posing. ~

~ Khusyuk mendengar taklimat 'Komando'..huhu ~

~ 'Komando' yang sangat 'garang' ~
 ~ Get ready ~
~ Meniru aksi gagak ~

~ 'Gagak' memasukkan air dalam botol. ~


 ~ Operasi menanam 'mayat' ~
'Mayat' yang ditanam.. (^^,)


~ Wargghhhh!! 'mayat' hidup..!! ~

 ~ Bersiap sedia nak melukis ~

  ~ 'Komando' bagi arahan.. ~
~ Menconteng!! Kembali ke zaman 'kanak-kanak' ~
 ~ Mantan YDP PERSISS ~
 ~ Hasilnya...!! err.. monyetkah itu? huhu.. ~
~ Satu Malaysia!! faham tak?? ~
 ~ Susah sebenarnya nak berinteraksi menggunakan 'isyarat'..huhu ~
~ Ape yang korang cube nak sampaikan ni? ~
~ Banana Bot ~
~ Aktiviti Air.. ~
 ~ Menunggu giliran banana bot..huhu ~
~ Excited!!!huhu.. ~
~ Badang Malaysia! Stress tak nak balik.. cian..hehe  ~


======================================
.:: LOVE PERSISS ::.
========================


 
Jap! Jap! Emmm..
PERSISS tu mende?? 

"Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial"
-----------------------------------

 Ukhuwah ini terlalu bererti buatku YA ALLAH...
Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami..
Sayang PERSISS FAMILIA♥


*Rindu la nak meeting setiap hari khamis..ngeh2.. (^^,)


Wednesday, 27 March 2013

=> Warkah Berlembar Santapan Hati


Bismillahirrahmanirrahim... 


Sesungguhnya hati ini milik Allah dan ia sering berbolak balik. Adakalanya terasa terlalu tegar untuk melangkah namun tika diuji lemahnya hati hanya Dia yang mengerti. Dalam mengutip nilai pahala, cuba sedaya memadamkan dosa. Dalam bertambahnya usia, iman pula ada pasang surutnya. Tambahan pula kesibukan membuat persediaan menjelang final exam.  Kebergantungan kepada Allah adalah sebenar-benar sumber kekuatan. Hanya kepercayaan dan keyakinan yang mampu merealisasikan impian menjadi kenyataan.

Allhamdulillah.. kurnia Allah tidak pernah surut buat ku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham. Lantas menjadikan diri ini berani mencipta impian dan cita-cita. Tersentuh dengan takdirNya. Terharu rasanya.




Dua buah buku pemberian si 'dia' seakan bernyawa malah kelihatannya sangat memahami untuk menemani diri dalam menjalani plot kehidupan seharian yang tidak tentu suasananya ini. Mudah-mudahan dapat menjamah sesuatu yang terhidang dalam 'warkah' berlembar ini buat santapan hati, minda, akal dan akhirnya dapat dijadikan sebagai bekal untuk terus menghayun langkah. Moga-moga haluan ku terpandu dan layarku tidak bengkok dalam menelusuri pentas persinggahan fana yang sangat mencabar ini. 



'Buku tu sbg hadiah pengorbanan mjd ummi persiss. Moga bermanfaat.'

'Setitis pengorbanan disulami redha Ilahi menjanjikan seribu kemanisan kebahagiaan. Hati jangan hanyut dibuai keseronokan, tapi perlu dibajai dengan benih ketakwaan. (^^,)'



Subhanallah.. ALLAH ada saja cara nak menghiburkan hati ini. Dikirimkan insan-insan yang memahami sebagai wasilah. Terketuk hati. Fokus dicuri. Apalah sangat pengorbananku berbanding 'dia' (err..segan2..). Setiap katanya diracip satu-persatu. Butir-butirnya penuh hikmah, sentiasa membelai dan menyejukkan hati ini yang kadang-kadang gusar dan kebuntuan. Moga dihitung sebagai amal soleh sisi ALLAH.

 Terima kasih kepada si 'dia'. Sharing is caring. (^^,)v




===============================================

Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. 



-MelodiHatiSrikandi-
-----------------------
Momentum penulisan semakin berkurangan,
Err.. mungkin memerlukan 'smash' dari seorang pemangkin. 
Agar tak tersasar dari matlamat sebenar perjuangan.
Fighting!! >.<



Sunday, 24 March 2013

=> Exam da dekat. Jangan Main2!





Oke2.. jangan serius sgt.... -_-'



Senyum... (^^,)v

=> Stanza Qolbi


*******



Ya Rabbi,
Jadikan hati ini berlabuh di persada rahmatmu,
Mendamba kasih yang tidak berhujung,
Mengutip sayang dihamparan cinta suci,
Mengharap mardhotillah,
Merindu syahid fisabilillah.
Inilah getaran hati memburu cinta,
Stanza qolbi merindu Ilahi..



-melodihatisrikandi-


*********



mood : nak exam dah.. fokus! fokus! (^^,)v

Saturday, 23 March 2013

=> Tarian Jemari


*******
Bila jemari bisa berbicara ,
pena sedia menaburkan khidmatnya
dikemudi oleh hati yang sarat dengan luahan
dipandu oleh tarian jari yang mengasyikkan
Hingga terhasil lah bait-bait kalimah..

Sama ada mengembirakan, menyedihkan,
atau tidak merasakan apa-apa..
Terserah kepada kamu..

Ku laungkan sebuah harapan demi sebuah kenyataan,
Agar ku bisa raih sebuah impian..
Singkirkan duka di pesisir gelombang
Agar ia lenyap ditelan gelora..
Kembalikan keceriaan demi sebuah senyuman..
 
-melodihatisrikandi- 
 
********
 

=> Otomen..Fire!!! (^^,)v





Tersenyum sendiri,
tertawa menggusi..
yang melihat geli hati,
empunya diri malu sendiri... 


-----------------
Rase nak rendam kepala dalam tasik kuim jer..
wuuuu >.<


Friday, 22 March 2013

=> Rindu..


Sebuah rindu ku abadikan buatmu yang dikasihi..
Mohd Yusof bin Hasim..
Pemergian yang tak akan kembali..
dan rindu itu telah ku simpan jauh di sudut hati..
Rindu pada sebuah pemergian yang abadi..

-------------
Suatu mase nanti, adikmu ini akan menyusuli..
al-fatihah..




mood : rindu.