CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

===========================================


بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.



~ MelodiHatiSrikandi ~

===========================================


Saturday, 2 November 2013

=> Masa lalu..




Ada masanya
mengenangkan timbunan dosa-dosa 
himpunan kelalaian lalu
menjadikan diri malu untuk meminta.

Layakkah diminta yang terbaik untuk diri
Sedang sekujur iman datang dan pergi.

Allahu Ya Rabbi..
------
Berpaut pada cinta hakiki
Bertaut pada janji ilahi



Wednesday, 3 July 2013

=> Mengimbau Kenangan..


Bismillahirrahmanirrahim..


Mengimbau kenangan indah yang pernah diukir, membuatkan diri tersenyum seketika. Apakah mungkin bisa diputarkan waktu? Menikmati pahit manis yang pernah dilalui, senyum tawa bersama sahabat-sahabat, suka duka dalam membina ukhuwwah fillah… kenangan hanya boleh dipotretkan, hanya perlu dilihat sekali-sekala sahaja. Namun ukhuwah, sifatnya berterusan. Apabila berdekatan qudwah hasanah diamalkan bersama, namun apabila berjauhan, doa sebagai penghubung yang mengikat hati. Perpisahan itu perit sekali, namun rahmatNya mengiringi andai diri redha dengan ketetapan Ilahi.


===================================
======================

Tiada lagi madah yang mampu dituturkan. 
Tiada lagi kata yang dapat dilafazkan. 
Bagai bibir terkunci mati. 
Ku akui hakikat berteman, 
namun kadangkala tewas dipertengahan. 
Ku akui hakikat merindu, 
namun tetap juga kalah untuk mengurus rasa itu. 
Tatkala jiwa lelah berdepan panorama dunia, 
Dia hadirkan wajah-wajah ketenangan di hati. 
Subhanallah! 

======================
================================

=> ABJZ Tour - SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak.


===========================
====================

Ada pelbagai kisah terlakar, 
pelbagai gundah digusar 
dan pelbagai harapan menjadi debar.

semua itu beradun menjadi satu perjalanan mencabar 
dan menuntut hati yang tegar.
====================
===========================

 ~ Bagasi..(^^,)v ~


 ~ Penginapan kami di Ipoh.. Alhamdulillah, sangat selesa..huhu  ~


~ ABJZ!!! Yes!! Yes!! Yes!!~


~ Teman seperjuangan ~


 Secangkir ingatan sekalipun banyak memberi ERTI
di saat hati sepi tiada terisi.. (^^,)


------
Syukran bro & sis untuk pengalaman dan kenangan yang dicipta saat kita bersama.



Saturday, 8 June 2013

=> Saat Hati Merindu..



Hati menjadi gundah. 
Jiwa semakin resah. 
Saat rindu mula bercambah.  
Langkah pun hilang arah.

Lalu doa dikirim dalam rahsia. 
Moga terjawab segala rasa. 


------
Semoga Allah memelihara kita sebagai hamba-Nya. 
Allahumma Amin.





Tuesday, 21 May 2013

=> Sebuah Jawapan..


Bismillahirrahmanirrahim..



Keheningan malam menyisihkan resah
di dalam jiwa.
Dada langit yang gelap, dihiasi bintang-bintang bergemerlapan,
menjadikan pemandangan indah, menenangkan..

Sejadah dihampar, Al-Quran mula dicapai.
Dunia lenyap, ditenggelami air mata memohon keampunan daripada-Nya.


“Istikarah telah aku lakukan berkali-kali bagi memohon petunjukMu. 
Benarkah ini jawapannya, Ya Allah.” 


Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis
apabila dihiasi dengan kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan.. 
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, 
namun tautan hati mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, 
yang memberi suntikan semangat perjuangan..



-----------------------
Moga dialirkan halawatul iman,
kesungguhan dalam menjaga tautan hati
..


Friday, 12 April 2013

=> Misi 'Hibernate'..

'Aku juga tak sempurna..'
(bermonolog..)


Bukan menghilang,
bukan bersembunyi,
bukan membisu..

sekadar menyepikan diri,
menyelami akal dan jiwa,
memujuk hati,
menginsafi diri.


------------------
Bermula misi 'hibernate' di muka buku.
 (meng'offline'kan diri..silent is better..huu)

Wednesday, 10 April 2013

=> Pasti manis di akhirnya.. Insya Allah..


 
Kita merancang,
Allah mengatur..

Merancang belajar di Sabah,
Allah mengaturku berada di Melaka.
 
Merancang memasuki bidang Nutritionists,
Allah mengatur mengkaji Psikologi.
  (psikologi lagi meluas woo..)

Kita merancang ,
Allah mengatur..

Kita merancang kejayaan,
Allah mengaturkan kegagalan,
Supaya kita memahami erti pengorbanan.
 
Kita merancang kesenangan,
Allah mengaturkan kesusahan,
Moga kita merasai makna kehidupan.
 
Kita merancang kemenangan ,
Allah mengaturkan kekalahan,
Agar kita mengenali apa itu perjuangan.
 
Kita merancang,
Allah mengatur..

Untukku satu perancangan
pada sangkaan awal itu kepahitan
tetapi di akhirnya kemanisan..(^^,)v
(sangat manis...da terasa dah..)

================================
Maha Suci Engkau, Ya ALLAH ..
Sebaik-baik perancang.
==========================


~ bersepah je lebih..ehe.. ~


Tapi, kadang-kadangkan.. 
rasa macam nak nangis gak blaja subjek2 psikologi ni.
Adehhh... (T__T)
(haaiihhhhh..ta mau nangis2...)


 Bukan saja-saja Allah meletakkan kita dalam bidang itu,
melainkan Allah tahu kita akan memberikan sesuatu dalam bidang itu.

Bukan saja-saja Allah mengurniakan kita kepakaran itu,
melainkan Allah tahu kita bakal membiakkan ilmu-ilmu itu.

Bukan saja-saja Allah memasukkan kelemahan itu,
melainkan Allah akan temukan kita dengan insan-insan ikhlas membantu.

Bukan saja-saja Allah memberikan ujian sebegitu,
melainkan Allah mahu menguatkan kita.

Bukan saja-saja allah membiarkan kita mengemudi dalam keadaan sebegitu,
melainkan Allah mahu kita tahu betapa tingginya kasih sayangNya.

Pada siapa?
Pada kitalah...(^^,)

Jadi..takkan tak bersyukur kot?
Bersyukurlah pada Allah Yang Maha Esa..
(Peringatan untuk diriku..)


~ 4 paper jer lg kawan-kawan!! ~ 

=====================================
Walaupun..
masing-masing melakar cita-cita sendiri,
doktor gigi, doktor hati atau pakar ekonomi..

Tetapi..
satu matlamat terpendam dihati,
mengejar keredhaan ILAHI...

=====================================

Kiranya exam ini adalah medan perjuangan kita,
maka bertarunglah sedaya upaya kerana Allah..

 Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa cemerlang
di dalam ibadat dan imtihan di dunia dan akhirat..
Amiin..


-sempatlagiupdateblogsaat2gentingnih-

Wednesday, 3 April 2013

=> Fi Hifzillah (^^,)



Ucapan lain "TAKE CARE" adalah "FI HIFZILLAH"
(semoga dalam pemeliharaan Allah) 

Kalau kita lafazkan 'take care',
kita minta dia untuk menjaga dirinya,
tapi kalau kita kata 'fi hifzillah',
kita minta Allah jagakan dia...

.............
Jadi, mana yang paling best ?

Sebab yang pertama tu, 

kita mengharapkan pada kemampuan yang terbatas. 
Tapi yang kedua, kita mengharapkan pada kekuasaan yang tiada batas! 
MasyaAllah, Subhanallah..
 

~ fi hifzillah sahabat-sahabatku!! ~





Tuesday, 2 April 2013

=> Ada bakat, tapi tiada IMAN - tiada GUNA!


Orang yang mahir dalam SENI ni, dalam design, dalam Photography, dalam videography, dalam PRODUKSI & yang seumpamanya, cukup banyak.  BERLAMBAK.  Tapi, yang ada ruh Islam, ruh dakwah, yang ada Juhdi & kesungguhan, bukan semata nak cari nama. 

Itu payah nak jumpa, tapi..
Hah!!! itu yang kita sedang cari & nak cari! 




Ada bakat, tapi tiada IMAN - tiada GUNA!

-------------------------------------------------------
 * Peringatan buat diri. Sentap! 

Monday, 1 April 2013

=> Semoga Allah Memilih KITA


Gerabak dakwah itu sentiasa bergerak,
andai kita berhenti,
Allah tak pernah rugi.


----------
Allah tak pernah rugi dengan kesombongan anda itu.
Sama sekali tidak!




================================================
Tiada jaminan utk kita terus istiqamah di atas jalan dakwah.
Maka berdoalah. Semoga ALLAH memilih kita.
Amiin.
 =======================================

Sunday, 31 March 2013

=> PERSISS Familia



Bismillahirrahmanirrahim..


*****

Saat kita bertemu
terbias sesuatu dihati
Lintasan hati berbicara
adakah ukhuwah antara kita tersemat di kalbu?

Jiwa berlagu rindu
Hati diam membisu
lidah ku kelu..

Tak terdaya melafaz kata
Hanya Tuhan yang tahu
Betapa ku rindu waktu itu..



*****

 ‘Memanfaatkan persamaan dan matang dalam menguruskan perbezaan.’
Biar kepala berbeza, asalkan hati sama. 

Itulah PERSISS!!

~ Butir-butir kenangan K.I.T.A ~

 
~ Pra AGM ~
 
 
~ AGM ~

~ Family Day PERSISS ~ 
 ~ Eh!! ade orang amik gamba lar.. Posing-posing. ~

~ Khusyuk mendengar taklimat 'Komando'..huhu ~

~ 'Komando' yang sangat 'garang' ~
 ~ Get ready ~
~ Meniru aksi gagak ~

~ 'Gagak' memasukkan air dalam botol. ~


 ~ Operasi menanam 'mayat' ~
'Mayat' yang ditanam.. (^^,)


~ Wargghhhh!! 'mayat' hidup..!! ~

 ~ Bersiap sedia nak melukis ~

  ~ 'Komando' bagi arahan.. ~
~ Menconteng!! Kembali ke zaman 'kanak-kanak' ~
 ~ Mantan YDP PERSISS ~
 ~ Hasilnya...!! err.. monyetkah itu? huhu.. ~
~ Satu Malaysia!! faham tak?? ~
 ~ Susah sebenarnya nak berinteraksi menggunakan 'isyarat'..huhu ~
~ Ape yang korang cube nak sampaikan ni? ~
~ Banana Bot ~
~ Aktiviti Air.. ~
 ~ Menunggu giliran banana bot..huhu ~
~ Excited!!!huhu.. ~
~ Badang Malaysia! Stress tak nak balik.. cian..hehe  ~


======================================
.:: LOVE PERSISS ::.
========================


 
Jap! Jap! Emmm..
PERSISS tu mende?? 

"Persatuan Siswa Siswi Fakulti Sastera dan Sains Sosial"
-----------------------------------

 Ukhuwah ini terlalu bererti buatku YA ALLAH...
Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami..
Sayang PERSISS FAMILIA♥


*Rindu la nak meeting setiap hari khamis..ngeh2.. (^^,)