CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

===========================================


بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.



~ MelodiHatiSrikandi ~

===========================================


Saturday, 28 July 2012

=> Cinta Seorang 'UMAR'..


Assalamualaikum w.b.t..


Cinta itu letaknya bukan pada harta, bukan jua pada kuasa, tidak pula pada rupa. Tapi letaknya pada hati, jika kaya hati itu dengan cinta, maka tiada apa yang bisa mematahkan kasih itu walau dengan segunung intan permata.


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)


***

Fatimah tertunduk diam. Umar Abdul Aziz memulakan percakapan. Khalifah yang selama ini sedar bahawa kehidupan Sang isteri mulai berubah. Tidak lagi diserikan dengan khadam yang ramai, tidak pula didamping emas dan zamrud, dan hidup mereka seperti orang biasa, malah lebih biasa dari yang biasa.

Umar sedar, dirinya seharusnya lebih miskin dari yang miskin, lebih papa dari yang papa, masakan seorang khalifah duduk bersenang lenang diatas timbunan emas sedangkan rakyat sendiri terbiar melayari bahtera kemiskinan.

Tidak, Umar tidak akan sesekali mengambil sesuatu yang bukan dari haknya. Beliau tidak akan sesekali mencalari amanah Allah yang terletak di atas bahunya.

Lembut tutur diatur, supaya tiada salah faham antara mereka.

“Wahai isteriku Fatimah, kamu adalah anak kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Kamu mewarisi harta kekayaan yang banyak daripada ayahmu dan kaum kerabatmu. Adakah kamu tahu bahawa semua harta itu dirampas oleh ayahnya daripada rakyat ketika beliau menjadi khalifah?”

Fatimah masih tertunduk..

“Saya tahu wahai suamiku…”

Nada suara lembut kelontaran.

“Kamu pilih antara dua, samaada melepaskan diriku dan kekal bersama harta itu ataupun melepaskan harta itu dan kekal bersamaku.”

Soalan Sang Khalifah benar-benar mengusik naluri wanita Fatimah. Lantas, jawapan diberikan tanpa ragu..

“Saya memilih untuk kekal bersamamu wahai suamiku. Harta itu tidaklah kekal dan tidaklah boleh menjadi bekalan amalanku. Yang wajar saya turuti adalah Khalifah yang adil lagi memegang amanah. Moga saya menjadi isteri yang sentiasa berada disisimu wahai suamiku..”

Segala harta, tanah-tanah, emas dan zamrud, intan permata kesemuanya diserahkan bagi diwakafkan ke Baitulmal. Kesemuanya, tiada satu pun yang tertinggal. Kehidupan mereka menjadi lebih biasa dari orang biasa, sedangkan mereka adalah keluarga Khalifah.


***

Amanah itu jalannya seiring dengan cinta kepada Allah.
Jika cinta kepada Allah, amanah Allah akan dijunjung.
Maka, dirinya terpelihara, keluarganya dijaga..
Dari panasnya bakaran api neraka.

Subhanallah, sedangkan walau sebiji epal pun milik Baitulmal, beliau tidak akan membiarkan ia masuk ke dalam perut anaknya…


Moga kita meneladani sifatnya. (^^,)





No comments:

Post a Comment