CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

===========================================


بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.



~ MelodiHatiSrikandi ~

===========================================


Wednesday, 4 February 2015

=> Satu mesej..


Satu mesej masuk..

---------

Bukan ku tak berani membaca,
tapi hatiku tak cukup kuat..
sungguhpun ku benar-benar ingin tahu isi kandungannya..

beban dihati terlalu berat,
hingga hilang pertimbanganku,
tercabar egoku,
terusik emosiku..

maafkan ku..

----------


aku yang sedang terhukum

=> 040215




Setiap takdir punya tujuan. 
Kadang kita dapat membacanya tetapi ada kalanya tidak..
Namun apa yang pasti setiap yang datang daripada Allah adalah kebaikan..



Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Begitu juga dengan setiap insan yang setiap hari datang dan pergi memberi hadiah buat bekalan kehidupan..
Hadiah itu berupa ilmu dan hikmah yang nilainya begitu berharga..







Terima kasih buat insan-insan yang pernah hadir dalam hidup ini.

--------

Bila kemaafan tidak lagi diendahkan,
petanda.. bahawa diri ini tidak lagi diperlukan..

04:02:15



Tuesday, 3 February 2015

=> 03022015



Pahitnya lebih dari hempedu,
manakan bisa bertukar madu,
telan bersama kedukaan,
pendam hingga berlinangan,
pedih sukar digambarkan,
hanya tuhan yang bisa memaniskan..



memendam rasa