===========================================
بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّØÙ…ٰÙ†ِ الرَّØيمِ
Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.
~ MelodiHatiSrikandi ~
===========================================
Sunday, 3 February 2013
=> Usah dicalari 'RASA' itu..
Bila rasa mengunci hati, lalu lahirlah butir-butir kata sebuah monolog,
merentasi perjalanan menuju Rabbi..
****
Di sini, bait-bait kalam tercipta.
Tinggal kita yang memutuskan,
diluahkan dalam kepalsuan cinta dan perasaan,
atau dipendam sahaja
hingga waktu keberkatan itu membenarkan.
Cinta yang tinggal di dalam hati,
tanpa di luahkan kerna takutkan
kemurkaan Tuhan Yang Rahman..
itulah cinta yang sebenar.
Cinta yang disandarkan kepada Pencipta Cinta..
Teguklah madu-madu kasih
dengan berlandaskan syariat Islam,
Jadikanlah hati-hati yang diselubungi cinta indah didada
tanpa mengurangkan rasa cinta
padaMu Ya Rabbi..
Subscribe to:
Posts (Atom)