CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

===========================================


بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ


Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.



~ MelodiHatiSrikandi ~

===========================================


Sunday, 23 December 2012

=> Bidadari..



Mereka itu adalah wanita suci yang menyenangkan jika dipandang mata, menyejukkan jika dilihat, dan mententeramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Ia memiliki akhlak yang paling baik, perawan, kaya akan cinta, dan umurnya sebaya.

Siapakah yang orang yang beruntung mendapatkannya?

Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang-orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah. Sebahagian kita mungkin berfikir..Bilakah kita berjumpa dengan bidadari-bidadari itu? Apakah ia akan kita miliki, adakah ia sedikit di antara mereka mendiami bumi sekarang ini?

Bidadari-bidadari itu telah turun ke bumi.
Benarkah? Seperti apakah bidadari bumi itu?

Semenjak Islam mulai bangkit lagi di bumi ini. Bidadari-bidadari itu menghias diri setiap hari. Dia manusia yang berhati lembut, menyenangkan jika dipandang mata, menyejukkan jika dilihat, mententeramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya.


"Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."

(HR. Muslim).

****

===================================================

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap redha Allah...

Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah...

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senantiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat...

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya
untuk mendalami Islam...

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya...
adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur'an dan qana'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan kerana membaca Al-Qur'an,
Suaranya lesu kerana penat berzikir...

Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Karena dia sedar betapa indahnya menjadi wanita solehah 
melebihi perhiasan apapun di dunia
Semakin sedar bertambah usianya...
bertambahlah kematangannya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga Allah


Dialah bidadari dunia...

=========================================================

****

Dialah wanita solehah yang keberadaan dirinya lebih baik 
dan bererti dari seluruh isi alam ini...

Kitalah bakal bidadari dunia itu wahai an-nisa...
Tidak mahukah dikau bergelar bidadari dunia???

****


Dinukil dari buku Temasya ke Syurga, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah



=> Syabab Musafir Kasih..


****

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami... Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Gadis diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa!


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zurnuarain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angakatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah kamu,
Pada kelelakianmu..

****


======================================================

Andai teguran menguris hatimu... 
ketepikan ia sementara waktu,
Teguhkan dirimu, kuatkan azammu...

Menjadi mujahid yang tidak gentar memburu syahid
Kami rindukan lelaki dulu... acuan madrasah Rasul.

Sedarlah wahai rijal-rijal sekalian, 
tanggungjawab khalifah terletak di bahumu...
Amanah memakmurkan bumi Allah terpaku di atas jasadmu...
Peranan seruan ke arah yang haq adalah perananmu...

=======================================================


Di manakah asybal (singa-singa) yang dahulunya mengaum di medan jihad?

Bangunlah wahai sahabat-sahabatku, 
wahai pemuda-pemudaku... 
Bersama mengorak langkah di medan jihad...



-------------