===========================================
بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّØÙ…ٰÙ†ِ الرَّØيمِ
Di sini jari-jemari ku menari mengikut alunan rentak dan irama yang lahirnya dari hati. Mendendangkan secebis lagu kehidupan yang penuh tawa dan sendu. Maafkan jika rentak tari islamiku tempang atau mungkin irama iman yang didendangkan sedikit sumbang, lantaran asyik dan leka dibawa arus khayalan seorang 'anak kecil' yang sekian lama bertapak dalam diri. Izinkan diri ini untuk menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, teguran, nasihat dan idea bernas kalian. Terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan untuk 'ziarah' ke 'kanvas' maya ini.
~ MelodiHatiSrikandi ~
===========================================
Wednesday, 4 February 2015
=> Satu mesej..
Satu mesej masuk..
---------
Bukan ku tak berani membaca,
tapi hatiku tak cukup kuat..
sungguhpun ku benar-benar ingin tahu isi kandungannya..
beban dihati terlalu berat,
hingga hilang pertimbanganku,
tercabar egoku,
terusik emosiku..
maafkan ku..
----------
=> 040215
Setiap takdir punya tujuan.
Kadang kita dapat membacanya tetapi ada kalanya tidak..
Namun apa yang pasti setiap yang datang daripada Allah adalah kebaikan..
Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Begitu juga dengan setiap insan yang setiap hari datang dan pergi memberi hadiah buat bekalan kehidupan..
Hadiah itu berupa ilmu dan hikmah yang nilainya begitu berharga..
Terima kasih buat insan-insan yang pernah hadir dalam hidup ini.
--------
Bila kemaafan tidak lagi diendahkan,
petanda.. bahawa diri ini tidak lagi diperlukan..
04:02:15
Tuesday, 3 February 2015
=> 03022015
Pahitnya lebih dari hempedu,
manakan bisa bertukar madu,
telan bersama kedukaan,
pendam hingga berlinangan,
pedih sukar digambarkan,
hanya tuhan yang bisa memaniskan..
Tuesday, 16 December 2014
=> Srikandi Collection...
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah, dapat jua membariskan kata walaupun hanya sepotong dua ayat..
Dah lama tak mengupdate blog..huu
Post kali ni, saje nak share hasil kerja saya sendiri..
Bermula dengan niat mencuba-cuba..
dan akhirnya...berduyun-duyun pula orang menempah...(^^,')
Alhamdulillah thumma alhamdulillah..
Rezeki dari Allah..
Jadi bagi teman-teman yang berminat untuk menempah, mengorder dan seangkatannya..
silalah PM di inbox FB saya
Srikandi Aishah (srikandi_aishah@yahoo.com)
Silalah menjamu mata..hihi
#pillowfelt
#keychainfelt
#framefelt
Saturday, 18 October 2014
=> Makna disebalik kata..
Salam'alaik...
================
Berapa banyak kapal tenggelam
kerana nahkoda asyik memandang ke hadapan
tanpa sedar lantai kapal telah bocor
dari dalam...
================
Friday, 17 October 2014
=> Seuntai madah..
Salam'alaik..
Sekian lama membatukan diri..
Syukur.. Allah masih mengizinkan jari ini menari
mencoretkan isi di kanvas maya
yang lama menyepi..
Syukur.. Allah masih mengizinkan jari ini menari
mencoretkan isi di kanvas maya
yang lama menyepi..
=====================
Seuntai madah untuk dihayati,
setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan
yang bersarang di pelupuk rona hati,
iman itu dinding taqwa..
sedangkan taqwa itu perisai hati,
yang memusnahkan pastilah nafsu..
Dilayan jangan,
dilawan pun jangan,
dididik perlu,
diasuh mesti..
Apapun yang terjadi
ikhlas menjadi ubat penawar segala-galanya..
Yakin pada Allah..
*kuncinya.. (^^,)v
setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan
yang bersarang di pelupuk rona hati,
iman itu dinding taqwa..
sedangkan taqwa itu perisai hati,
yang memusnahkan pastilah nafsu..
Dilayan jangan,
dilawan pun jangan,
dididik perlu,
diasuh mesti..
Apapun yang terjadi
ikhlas menjadi ubat penawar segala-galanya..
Yakin pada Allah..
*kuncinya.. (^^,)v
Friday, 18 April 2014
=> Mulakan Dengan REDHA..
Jangan cuba dikawal arahnya taufan,
tetapi kawallah layar kehidupan.
Tak perlu diukur dalamnya lautan,
tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal.
-------
Dikala kesulitan,
Allah akan beri kita pelbagai perasaan.
Cuba mulakan dengan REDHA.. (^^,)
=====================
================================
=====================
================================
======================================
==========================
==========================
Subscribe to:
Posts (Atom)